Tuesday, 28 April 2015

Masalah yang paling POPULAR untuk dirawat...

Baik lelaki ataupun wanita (remaja seawal 15 tahun dah concern bab bab ini) melihat atau dengar perkataan magic ni...OBES sebagai satu masalah yang BESAR. Malah OBES ni bukan sahaja MASALAH UTAMA di Malaysia malah seluruh dunia.








Apakah faktor utama yang menjurus kepada masalah OBES ini?

1. Corak Pemakanan

    Disebabkan sekarang ini terlalu banyak instant type food...kita semua ghairah dalam pemakanan tersebut..yang frozen jangan cakaplah terlalu banyak. Media kita juga sering menggugat keimanan kita dengan iklan selingannya dalam setiap cerita. Akibatnya pola pemakanan kita banyak ke arah yang mengandungi karbohidrat.


2. Gaya Hidup

       Makan biar bergaya...!!! err..pernah dengar ungkapan macam ni? Janganlah disebabkan nak terlalu lifestyle hinggakan kesihatan kita pun turut terangkat. Mula2 memanglah seakan tidak ada apa-apa yang serius namun akhirnya lifestyle yang kita agungkan itu yang akan terjebak kita kepada masalah kesihatan seperti Obesity, Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung...

Sekadar renungan dan untuk peringatan kepada diri sendiri juga.







Jenis - Jenis Kegemukan

Jom Ketahui Jenis-jenis Kegemukan:


1. GEMUK ANGIN 

Ciri-ciri : Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin. Mudah mendapat sakit kepala.

2. GEMUK AIR

Ciri - ciri : Badan menggelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan...(berlebihan). Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

3. GEMUK DAGING

Ciri - ciri : Badan berasa berat dan pejal

Mudah penat apabila melakukan tugas harian. Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air / gemuk angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.

Gemuk air / gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi yang gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun.

Yang penting..tidak kisah anda mengambil supplemen apa pun, senaman adalah penting dalam menggalakkan aktiviti pembakaran lemak.

AIR juga penting dalam proses hendak menurunkan berat badan.



Harus ada WHY yang BESAR kenapa kita nak diet atau nak turunkan berat badan.


Tahu WHY...barulah tidak ada sebab untuk anda gagal atau buat separuh jalan...!!!


Akhirnya...impian untuk memiliki tubuh yang sihat dan langsing bukanlah angan-angan semata. 


Monday, 26 January 2015

Senaman - kecilkan peha

Ramai wanita-wanita yang mempunyai masalah selulit atau lemak di bahagian peha. Mari kita lihat apa yang membuatkan masalah ini terjadi.
Kadar hormon yang tinggi
Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembutkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembutkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan.
:D
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Pengaliran darah yang lemah
Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.
Cara hidup yang kucar kacir
Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.
Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?
Pertamanya, senaman harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, senaman juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.
Jom kita lihat beberapa senaman yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Senaman
Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)
senaman peha 1
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2
Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)

senaman peha 2
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3
Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)

senaman peha 3
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.
Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)
senaman peha 4
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.
Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.
Semoga dengan tips kali ini, lebih ramai wanita di luar sana berjaya memperolehi kaki yang cantik.
:)
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak
 Semoga berjaya.
kredit kepada : http://www.eizil.com/senaman-selulit-dan-kesihatan-pinggul-dan-peha/