Tuesday, 28 April 2015

Masalah yang paling POPULAR untuk dirawat...

Baik lelaki ataupun wanita (remaja seawal 15 tahun dah concern bab bab ini) melihat atau dengar perkataan magic ni...OBES sebagai satu masalah yang BESAR. Malah OBES ni bukan sahaja MASALAH UTAMA di Malaysia malah seluruh dunia.








Apakah faktor utama yang menjurus kepada masalah OBES ini?

1. Corak Pemakanan

    Disebabkan sekarang ini terlalu banyak instant type food...kita semua ghairah dalam pemakanan tersebut..yang frozen jangan cakaplah terlalu banyak. Media kita juga sering menggugat keimanan kita dengan iklan selingannya dalam setiap cerita. Akibatnya pola pemakanan kita banyak ke arah yang mengandungi karbohidrat.


2. Gaya Hidup

       Makan biar bergaya...!!! err..pernah dengar ungkapan macam ni? Janganlah disebabkan nak terlalu lifestyle hinggakan kesihatan kita pun turut terangkat. Mula2 memanglah seakan tidak ada apa-apa yang serius namun akhirnya lifestyle yang kita agungkan itu yang akan terjebak kita kepada masalah kesihatan seperti Obesity, Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung...

Sekadar renungan dan untuk peringatan kepada diri sendiri juga.







No comments:

Post a Comment