Tuesday, 28 April 2015

Masalah yang paling POPULAR untuk dirawat...

Baik lelaki ataupun wanita (remaja seawal 15 tahun dah concern bab bab ini) melihat atau dengar perkataan magic ni...OBES sebagai satu masalah yang BESAR. Malah OBES ni bukan sahaja MASALAH UTAMA di Malaysia malah seluruh dunia.








Apakah faktor utama yang menjurus kepada masalah OBES ini?

1. Corak Pemakanan

    Disebabkan sekarang ini terlalu banyak instant type food...kita semua ghairah dalam pemakanan tersebut..yang frozen jangan cakaplah terlalu banyak. Media kita juga sering menggugat keimanan kita dengan iklan selingannya dalam setiap cerita. Akibatnya pola pemakanan kita banyak ke arah yang mengandungi karbohidrat.


2. Gaya Hidup

       Makan biar bergaya...!!! err..pernah dengar ungkapan macam ni? Janganlah disebabkan nak terlalu lifestyle hinggakan kesihatan kita pun turut terangkat. Mula2 memanglah seakan tidak ada apa-apa yang serius namun akhirnya lifestyle yang kita agungkan itu yang akan terjebak kita kepada masalah kesihatan seperti Obesity, Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung...

Sekadar renungan dan untuk peringatan kepada diri sendiri juga.







Jenis - Jenis Kegemukan

Jom Ketahui Jenis-jenis Kegemukan:


1. GEMUK ANGIN 

Ciri-ciri : Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin. Mudah mendapat sakit kepala.

2. GEMUK AIR

Ciri - ciri : Badan menggelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan...(berlebihan). Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

3. GEMUK DAGING

Ciri - ciri : Badan berasa berat dan pejal

Mudah penat apabila melakukan tugas harian. Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air / gemuk angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.

Gemuk air / gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi yang gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun.

Yang penting..tidak kisah anda mengambil supplemen apa pun, senaman adalah penting dalam menggalakkan aktiviti pembakaran lemak.

AIR juga penting dalam proses hendak menurunkan berat badan.



Harus ada WHY yang BESAR kenapa kita nak diet atau nak turunkan berat badan.


Tahu WHY...barulah tidak ada sebab untuk anda gagal atau buat separuh jalan...!!!


Akhirnya...impian untuk memiliki tubuh yang sihat dan langsing bukanlah angan-angan semata.